fbpx

Samsung galaxy tab s8 ultra

Samsung galaxy tab s8 ultra

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra: Gergasi Produktiviti dalam bentuk Tablet Android

Samsung sejak sekitar tahun 2019 telah mula memperkenalkan telefon pintar terbarunya dalam bentuk tiga saiz, iaitu kecil, besar dan yang paling besar. Sejak dari itu, pelbagai telefon pintar arus perdananya hadir dalam bentuk berkenaan. Kini, giliran tablet-tablet keluarannya pula hadir dalam bentuk tersebut Di samping melancarkan telefon pintar Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra, Samsung turut mengumumkan kedatangan tablet prestasi tinggi mereka iaitu siri Samsung Galaxy Tab S8 Ultra…

Tablet yang dilancarkan bersama-sama Samsung Galaxy S22 Ultra pada Februari baru-baru ini hadir dengan tiga model –  Galaxy S8, Galaxy S8 Plus dan Galaxy S8 Ultra. Antara ketiga-tiga ‘beradik’ ini, Samsung Galaxy S8 Ultra menawarkan spesifikasi yang paling besar.

Selepas hampir dua minggu menggunakannya, apa yang saya dapat ungkapkan mengenai tablet ini adalah ia merupakan tablet paling versatil setakat ini. Penggunaannya meliputi perihal kerja mahupun bermain dapat dikendalikan dengan amat cemerlang.

Paparan terbaik dari Samsung ini banyak digunakan pada pelbagai jenis telefon pintar, namun amat jarang digunakan untuk saiz yang sebesar 14.6-inci seperti Galaxy Tab S8 Ultra. Segala apa yang ditayangkan olehnya, baik foto-foto Instagram mahupun filem-filem Netflix dapat dinikmati dengan lebih imersif pada paparan yang lebih besar.

Sungguhpun hadir dengan saiz paparan yang besar melalui lebar 8.2-inci dan panjang 12-inci, tablet ini mampu hadir dalam bentuk yang amat nipis 5.5mm dan ringan, iaitu hanya 0.726 kg sahaja. Namun, saya merasa agak janggal untuk menggunakannya sepertimana penggunaan telefon pintar atau tablet bersaiz biasa atas faktor saiz paparan Galaxy Tab S8 Ultra ini. Saya lebih cenderung untuk menggunakannya seperti sebuah laptop jika ingin menggunakannya untuk tempoh yang panjang kerana lengan saya berasa lenguh jika memegangnya lebih dari 15 minit.

Kuasa Pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1

Di dalam tablet ini terdapat Snapdragon 8 Gen 1, cipset terkini keluaran Qualcomm yang kuasa pemprosesannya mengatasi kebanyakan pemprosesan komputer. Untuk pasaran Malaysia, RAM yang ditawarkannya adalah 12GB sahaja, manakala storannya pula hanya 256GB dan boleh diperluaskan melalui slot kad mikroSD sehingga 1TB. Kapasiti baterinya pula agak mengejutkan kerana Samsung mampu menampilkan bateri berkapasiti 11,400mAh pada tablet yang senipis ini.

Namun, kadar penggunaan bateri Samsung Galaxy Tab S8 Ultra yang tinggi membuatkan kapasiti tersebut mampu bertahan sekitar 10 atau 11 jam sahaja. Biasanya saya akan mengecaskannya semula selepas menggunakannya dalam setengah hari.

Memandangkan tablet ini merupakan peranti Android yang dipenuhi dengan segala kegagahan perkakasan yang tiada tolok banding pada mana-mana tablet setakat ini, saya benar-benar menikmati kualiti paparan yang dihidangkan menerusi tontonan Netflix dan juga YouTube dalam resolusi ultra tinggi.

 

S-Pen

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra turut menyokong pena stylus Samsung S Pen dan ia turut disertakan bersama-sama pakej pembungkusannya. Ia amat berguna untuk mencatit nota dan juga melukis. Selain itu, anda juga boleh menggunakannya untuk menulis tulisan Jawi pada nota-nota anda.

SamSung turut menyertakan perisian pengubah teks yang menukarkan perkataan yang ditulis ke dalam bentuk teks. Ia juga amat membantu pengguna-pengguna yang ingin menulis tulisan Cina ke dalam bentuk tulisan pinyin dengan lebih tepat.

Pena stylus ini mudah melekap secara magnetik pada bahagian belakang tablet ini sambil dicaskan. Ia mempunyai kadar responsif yang tinggi iaitu hanya 2.8 milisaat sahaja dan bagi artis lukisan digital sendu seperti saya, kadar ini lebih dari memadai. Secara ringkasnya, penggunaan pena stylus ini begitu lancar seumpama menulis di atas kertas secara fizikal.

Berbeza dengan sesetengah tablet dengan pena stylus yang menawarkan aksesori tersebut secara berasingan, Galaxy Tab S8 Ultra menyertakan S Pen secara percuma di dalam kotak pakej pembungkusannya. Ini merupakan satu bonus kerana pengguna tidak perlu membelikannya secara berasingan.

Papan kekunci khasi Galaxy Tab S8 Ultra

Namun, menggunakan Galaxy Tab S8 Ultra sekadar sebuah tablet semata-mata dirasakan agak membazirkan potensinya. Oleh kerana peranti ini dihasilkan dengan matlamat sebagai sebuah peranti produktiviti, Samsung turut menyediakan bekas papan kekunci khusus untuk tablet ini bagi meningkatkan kemampuannya. Bagi pasaran Malaysia, bekas pelapik dengan papan kekunci khas ini diberikan secara percuma bagi pembelian tablet ini.

Pelbagai ciri menarik disediakan menerusi penggunaan papan kekunci ini dengan Samsung Galaxy Tab S8 Ultra ini. Antaranya, pad penjejak (trackpad), pencahayaan latar pada kekunci (backlit), dan juga pelbagai kekunci pintas bagi meningkatkan kecekapan kerja anda. Melalui sokongan kekunci pintas ini, anda dapat meningkatkan produktiviti anda dengan fungsi seperti CTRL+C (salin), CTRL+X (potong), CTRL+V (tampal) dan CTRL+Z (ubah kembali) dan sebagainya.

 

 

Kamera Samsung Galaxy Tab S8 Ultra

Galaxy Tab S8 Ultra menyediakan dua buah kamera hadapan 12MP yang mampu mengambil imej biasa dan juga ultra-lebar. Pada bahagian belakangnya pula disediakan dua buah kamera masing-masing 13MP dan 6MP. Kesemua kamera-kamera yang disediakan ini berkeupayaan merakamkan video beresolusi 4K pada kadar 60fps. Turut disediakan teknologi auto-framing yang menggerakkan kamera bagi memastikan imej wajah anda kekal di dalam frame ketika sesi mesyuarat dalam talian.

Sepanjang penggunaan kamera ini di dalam keadaan pencahayaan yang baik, kualiti yang disediakannya boleh dikirakan amat baik. Begitu juga pada kamera bahagian belakangnya yang mampu merakamkan foto dan video dengan begitu baik. Fungsi dan ciri kamera yang disediakan pada tablet ini dianggap lebih dari memadai pada pandangan saya. Samsung Galaxy Tab S8 yang mengetengahkan ciri produktiviti ini menawarkan kamera hadapan yang sangat baik untuk kegunaan panggilan video dalam talian.

Bateri Samsung Galaxy Tab S8 Ultra

Ciri-ciri yang ditawarkan pada Galaxy Tab S8 Ultra ini secara keseluruhannya adalah amat baik, namun untuk prestasi baterinya pula boleh dianggap sederhana sahaja. Ini kerana faktor saiz skrinnya yang terlalu besar memerlukan penggunaan kuasa bateri yang lebih tinggi.

Pada kebiasaannya, penggunaan tablet ini saya dapat mampu bertahan sekitar lebih kurang 9 jam bagi penggunaan melibatkan internet secara berterusan. Jika menggunakannya secara sekali sekala, seperti menonton YouTube atau menulis, saya mampu menggunakan tablet ini sehingga lebih dari satu hari. Untuk mengecas, tablet ini menyokong pengecasan sehingga 45W.

Share on telegram
Share on whatsapp
Share on pinterest
Share on facebook
Share on email
Share on tumblr
Share on skype
Share on print

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit.
Categories :
Share This :

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Search

Get Full experience in audio

Keep Updated about our Promo and Deals in Noiz Shop

Have A Question?

Keep Updated with our newsletter. Subscribe now.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Etiam vel risus imperdiet, gravida justo eu.
Chris Morphe

Chris Morphe

Typically replies within an hour

I will be back soon

Chris Morphe
Hello 👋 Thanks for your interest in us. Before we begin, may I know your name?
Start Chat with:
chat Need Help?